Wednesday, 18 January 2012

MENGAPA EMAS MUDAH DAN RINGKAS



EMAS SEBAGAI MATA WANG SEBENAR ISLAM
Emas merupakan pelaburan sebenar dalam islam. Emas dan perak telah 
digunakan sebagai matawang sejak 6000 tahun dulu lagi ketika zaman 
Mesir purba.

Ramai yang tahu akan nilai emas dan perak namun mereka hanya gunakan 
emas dan perak sebagai barang perhiasan semata-mata. Sedangkan rahsia 
kekayaan ada pada emas dan perak dan mampu membawa mereka kepada 
kebebasan kewangan.

Emas dan perak amat bernilai selama-lamanya. Ini adalah berdasarkan hadis 
Nabi Muhammad SAW. Hadis Riwayat Imam Ahmad Ibn Hanbal;
Abu Bakar Ibn Abi Maryam melaporkan bahawa beliau mendengar Rasullullah 
SAW telah bersabda " Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai 
dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar & dirham 
(untuk digunakan) 

Emas dan Perak digunakan untuk tujuan perdagangan. Maka tidak timbul 
kemerosotan, nilainya malah ianya semakin meningkat.

Semasa di zaman Rasullullah SAW harga seekor kambing adalah 1 dinar 
namun kini harga seekor kambing masih lagi 1 dinar. Namun nilai 1 dinar 
dalam nilai matawang kertas berubah-ubah malah semakin meningkat

Kalau Tahun 2002, nilai 1 dinar bersamaan RM140. Pada Tahun 2005, nilai 
1 dinar bersamaan RM242. Pada Tahun 2008, 1 dinar bersamaan dengan 
RM418. Pada Tahun 2010, 1 dinar bersamaan dengan RM587. Pada Tahun 
2011, 1 dinar sudah naik ke paras RM820 dan pembukaan 
2012 bersamaan RM852. 

Hakikatnya emas dan perak adalah aset yang terbaik untuk dimiliki. 
Dengan hanya menyimpan pun dah beri pulangan yang amat lumayan. 
Tetapi jika simpan duit nilainya semakin susut. 


Mari Renungkan Ayat ini. . .

"Orang yang bijaksana menyimpan duit kertas sekadar untuk 
kegunaan seharian sebaliknya mereka bertindak menukarkan 
sebahagian besarnya kepada aset kerana aset mampu memberi 
mereka pulangan dan keuntungan yang berterusan seterusnya 
akan menambah kekayaan 

SEDANGKAN..

Mereka yang suka menyimpan duit kertas akan 
menyebabkan mereka sentiasa terpaksa mencari 

duit kerana nilai duit semakin susut 
saban tahun.



DAN..


Emas Dan Perak adalah aset yang paling mudah 
dimiliki dan mampu beri pulangan yang tinggi walau sekadar beli dan simpan sahaja. "




credit to : steadyincome

No comments:

Post a Comment