Sunday, 12 February 2012

NOTA KEPADA PENYIMPAN EMAS : PENTING SPREAD / SUSUT NILAI EMAS

TIDAK SEMESTINYA EMAS YANG ANDA BELI DENGAN HARGA MURAH ITU BERBALOI 






APA ITU SPREAD / SUSUT NILAI EMAS DAN PENTINGNYA SPREAD

Spread harga emas sesebuah syarikat itu bergantung kepada harga jualan , dan juga harga belian (semula) syarikat tersebut. Juga turut dikatakan sebagai spread we sell / we buy, Maksudnya ialah PERBEZAAN antara harga jualan dan juga harga belian.

Di Malaysia rata-rata peniaga emas akan meletakkan spread dari 5% - 35% , bergantung kepada SYARIKAT yang menjual emas kepada anda. 

jadi, spread yang bagaimana dikatakan menarik? yang rendah atau yang tinggi? 5% atau 35%?

contoh: KAMU ingin menjual kembali Goldbar yg pernah dibeli ketika harga 500rm dan harga we sell ketika jual berharga 1000rm kepada syarikat x, dan syarikat bersetuju menerima emas kamu dengan harga we buy 999rm. Untung bukan? cuma tolak 1rm sahaja. Tapi berapakah spread harga ini?


CARA SEBENAR MENGIRA SPREAD ATAU SUSUT NILAI EMAS

Seperti yang saya sebut, harga jual(we sell) dan harga beli(we buy)  sesebuah syarikat harus diambil kira. 

Untuk mendapatkan % perbezaan "we sell" dan "we buy" yang betul, 

harga "we sell" perlu ditolak dengan harga "we buy". (we sell - we buy)

kemudian, hasil tolak itu akan dibahagi pula dengan "HARGA WE SELL" iaitu harga semasa.

ingat, kita mencari PERBEZAAN antara harga jual dan harga beli emas sesebuah syarikat itu,

jadi HASIL perbezaan yang kita dapat itu adalah jumlah yang akan DITOLAK daripada harga "WE SELL" syarikat tersebut.

contoh : ( we sell ) - ( %spread ) = ( we buy )         

di bawah ada diberikan beberapa contoh mudah, perhatikan betul-betul


EMAS CAP AMSYIQ 
Type      We SellWe Buy
1/2 Dinar 916399.00379.00
1 Dinar 999RM 867.00RM 824.00
10g GB/LCRM 2008.00RM 1908.00
20g LB/LCRM 4017.00RM 3816.00
*rekod bukan harga semasa

mengira spread 1/2dinar : ( 399rm - 379rm ) = 20rm ( dibahagi 399rm ) x 100 (%) = 5.0%

mengira spread 1dinar : ( 867rm - 824rm ) = 43rm ( dibahagi 867rm ) x 100 =  4.96%

mengira spread 10gram: ( 2008rm - 1908rm ) = 100rm ( dibahagi 2008rm ) x 100 = 4.98%

mengira spread 20gram: ( 4017rm - 3816rm ) = 201rm ( dibahagi 4017rm ) x 100 = 5.0%



EMAS CAP ( X )
                 Sell             Buy  
1 Dinar RM 774.00RM 728.00
10 gramRM 1,908.00RM 1,755.00
20 gramRM 3,778.00RM 3,551.00
*rekod bukan harga semasa

1dinar : ( 774rm - 728rm ) / 774rm = 5.94%

10gram : ( 1908rm - 1755rm ) / 1908rm = 8.6%

20gram : ( 3778rm - 3551rm ) / 3778rm = 6.0%


EMAS CAP ( Y )
Gold Bar  1gRM: 223/pcRM: 163/pc
Gold Bar  10gRM: 1940/pcRM: 1650/pc
Gold Bar  20gRM: 3880/pcRM: 3300/pc
*rekod bukan harga semasa

1gram : ( 223rm - 163rm ) / 223rm = 26.9%

10gram : ( 1940rm - 1650rm ) / 1940rm = 14.95%

20gram : ( 3880rm - 3300rm ) / 3880rm = 14.95%


Harap dengan beberapa contoh di atas dapat menerangkan lagi kefahaman tentang kiraan spread emas.

Jadi sekarang, % spread yg tinggi lebih baik atau rendah lebih baik?

berbalik kepada soalan sebelum ini, "contoh: KAMU ingin menjual kembali Goldbar yg pernah dibeli ketika harga 500rm dan harga we sell ketika jual berharga 1000rm kepada syarikat x, dan syarikat bersetuju menerima emas kamu dengan harga we buy 999rm. Untung bukan? berapakah spread harga ini? "

kiraan : ( 1000rm - 999rm ) / 1000rm = 0.99%

kesimpulan : Spread atau susutnilai yang LEBIH RENDAH akan memberikan pulangan yang LEBIH, hasil  daripada jualan balik ke syarikat.

Mengikut contoh di atas, belum ada lagi syarikat di malaysia yang beri spread 0.99% seperti di atas  : )

Dengan penuh sukacita diucapkan, dengan kefahaman yang teguh tentang spread emas, sekarang kamu sudah bersedia untuk MENYIMPAN EMAS.

Semoga dipermudahkan oleh-NYA, insyaAllah



No comments:

Post a Comment