Thursday 26 April 2012

ANUGERAH TOKOH PENDAKWAH


Ucapan Tahniah Anugerah Tokoh Pendakwah


Wednesday, 25 April 2012 11:25 PM
Belum terlambat mengucapkan tahniah ..
Kami pendokong AG rasanya belum terlambat mengucapkan tahniah kepada syeikhulmaqari diatas anugerah “Tokoh Pendakwah” sempena Majlis Konvokesyen Pengajian Bersijil sesi 2011, Masjid Sultan Abdul Aziz Shah pada 20 April 2012 , bersamaan 28 Jumadal awwal 1433 Hijrah .
Syeikhulmaqari mendahului penerima anugerah pada malam tersebut, kemudian dikuti oleh Al Mursyid Dr. Zulkifli Muhammad Al Bakri sebagai tokoh ilmuan. Dalam ucapan ringkasnya, Dr. Zulkifli menceritakan tentang kelebihan ilmu dan pencinta ilmu. Sesiapa yang menjalani jalan untuk menuntut ilmu, Allah akan permudahkan jalan ke Syurga. Pada malam tersebut 300 pelajar lepasan pengajian bersijil menerima sijil masing-masing. Anugerah disampaikan oleh Tan Sri Dato’ Sri Abdul Khalid Ibrahim , Dato’ Menteri Besar Selangor. Y.A.B Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam ucap utamanya memuji program pengajian bersijil dan Berjaya memakmurkan rumah Allah.
Tahniah kepada kedua-dua tokoh dan kepada semua pelajar yang berjaya menyempurnakan pengajian mereka masing-masing.
Ummi Walid Urwah

No comments:

Post a Comment