Sunday 26 February 2012

DINAR DARUL EHSAN SEBAGAI DINAR SELANGOR DARI AMSYIQ






AMSYIQ sekali lagi melangkah kehadapan apabila berjaya menerbitkan dinar yang dinamakan Dinar Darul Ehsan. Penasihat Syariahnya Syeikhulmaqari Hj. Othman bin Hamzah menyatakan tujuan pengeluaran dinar tersebut untuk mempercepatkan pengaliran dinar emas bergerak dalam masyarakat. "Langkah kami ini juga bertujuan memudahkan orang ramai khususnya di Negeri Selangor membeli, menjual dan menyimpan dinar emas. Sekaligus menggalakkan umat Islam menyimpan emas”.



Ketika ditanya adakah ia sebagai matawang alternatif. Beliau menjawab emas sesuatu yang bernilai. Ia boleh menjadi barangan yang boleh dijual beli atau sebagai barangan yang digunakan dalam pertukaran barangan atau dikenali sistem barter. Namun kalau semua umat Islam mahu menggunakannya dalam muamalat harian, dinar dapat melaksanakan tugas tersebut kerana ia telah dilaksanakan pada zaman Nabi S.A.W, Umar dan khalifah-khalifah sesudahnya. Dari segi agama kita telah melaksanakan sunnah Nabi S.A.W.



Puan Hajah Khainarida sebagai Pengarah Urusan AMSYIQ GOLD ENTERPRISE pula menyatakan mengenai bentuk produk yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut adalah Satu Dinar Darul Ehsan, setengah dinar dan jongkong emas sepuluh gram. Harga mengikut harga semasa yang bergerak setiap dua puluh minit sekali seperti yang dipaparkan dalam blog. Kami juga sedang membuka pengambilan dealer untuk mengedar dan meluaskan pengaliran dinar dan emas ini. Dan kami juga sedang mencari pelabur yang hendak sama-sama membangunkan perniagaan ini”. Katannya mengakhiri perbualannya.

MAKLUMAT PRODUK AGE :


Berbanding wang kertas, mereka (masyarakat) percaya dinar dan dirham dapat memberi kesempurnaan dalam urusan ibadah pembayaran zakat dan juga memastikan harta kekayaan sentiasa berada dalam masyarakat umat Islam.



Penasihat Syariah Amsyiq Gold Enterprise, Syeikhulmaqari Othman Hamzah berkata, dinar emas dan dirham perak cukup dikenali dan digunakan sebagai mata wang syariat umat Islam.



"Dinar emas digunakan sebelum Islam, di Eropah, seterusnya digunakan pada zaman Rasulullah saw dan dimantapkan penggunaannya pada zaman pemerintahan Saidina Umar. Sejak itu, kedua-dua dinar dan dirham menjadi mata wang umat Islam di seluruh dunia.

"Menyedari dinar dan dirham ini telah lama digunakan, maka saya melihat usaha mendalami mata wang ini bukanlah satu kesilapan, sebaliknya sebagai tanda keimanan dan keyakinan kita terhadap ayat-ayat Allah yang menceritakan perihal penggunaan dinar-dirham sebagai medium pertukaran zaman berzaman,"katanya.

Dinar Darul Ehsan AMSYIQ

"Emas sesuatu yang bernilai. Ia boleh menjadi barangan yang boleh dijual beli atau sebagai barangan yang digunakan dalam pertukaran barangan (sistem barter). Namun, jika semua umat Islam mahu menggunakannya dalam muamalat harian, dinar dapat melaksanakan tugas tersebut kerana ia telah dilaksanakan pada zaman Nabi, Umar dan para khalifah. Dari segi agama, kita telah melaksanakan sunah Nabi", katanya yang juga pengedar dinar dirham yang aktif berdakwah tentang kekuatan ekonomi umat Islam melalui rahsia emas.

Menyedari pentingnya dinar dan dirham, Othman melalui syarikatnya, Amsyiq Gold Enterprise menerbitkan dinar yang dinamakan Dinar Darul Ehsan. Tujuan pengeluaran dinar untuk mempercepatkan pengaliran dinar emas bergerak dalam masyarakat.

"Langkah kami ini juga bertujuan memudahkan orang ramai khususnya di Negeri Selangor membeli, menjual dan menyimpan dinar emas, sekali gus menggalakkan umat Islam menyimpan emas," katanya yang berharap dinar dan dirham akan cepat mengalir dalam muamalah kita jika kepentingannya mual disedari masyarakat. 



SALAH SATU REKOD HARGA AMSYIQ PADA 7 JANUARI 2011





fiqsan
07-01-2011, 07:44 PM


1dinar berapa rgt ni?



Type We Sell (RM) We Buy (RM)

1 Dinar Darul Ehsan 637.00 606.00


Harga berubah setiap 20 minit
Time in Kuala Lumpur - 7:44:17 PM - Friday, January 7, 2011

KENAIKAN 7/1/2011 - 21/2/2012 = -+35%



BANDINGKAN DENGAN HARGA TERKINI AMSYIQ, BAGI YANG DAH SIMPAN DINAR DARI TAHUN LEPAS PASTI TERSENYUM LEBAR MANAKALA BAGI YANG BELUM MULA MENYIMPAN PASTI JULING ANAK MATA MELIHAT ANGKA-ANGKA INI... 


SESUNGGUHNYA ANGKA ITU CUMA ANGKA SEMATA-MATA, JIKA KAMU BERKATA BATU  (KERTAS) ITU ADALAH WANG (HARTA) , MAKA BATU ITU ADALAH HARTA KAMU. APAKAH HARTA KAMU ITU BATU? ATAU KERTAS YANG DINILAIKAN? APA BEZANYA DENGAN BATU YANG DINILAIKAN?


Bagi mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang dinar dan dirham, boleh hantarkan persoalan-persoalan anda dan boleh tempah dinar dan dirham anda sekarang.



email : muhammad.aidid@gmail.com
tel / sms : 013 2420750





credit to : sinarharian (edited)

No comments:

Post a Comment