Inisiatif Dinar Emas oleh Dr. Mahathir.
Keberanian dan kejayaan Dr. Mahathir dalam mempertahankan ekonomi Malaysia daripada spekulator mata wang dan pengaruh IMF memberikan beliau pemahaman yang mendalam tentang kepentingan membangunkan sistem perdagangan berteraskan emas untuk negara-negara Islam. Bagi dunia Islam, inisiatif menggunakan emas untuk penyelesaian perdagangan antarabangsa boleh menjadi paksi untuk menguatkan dan menyatukan dunia Islam.
Keberanian dan kejayaan Dr. Mahathir dalam mempertahankan ekonomi Malaysia daripada spekulator mata wang dan pengaruh IMF memberikan beliau pemahaman yang mendalam tentang kepentingan membangunkan sistem perdagangan berteraskan emas untuk negara-negara Islam. Bagi dunia Islam, inisiatif menggunakan emas untuk penyelesaian perdagangan antarabangsa boleh menjadi paksi untuk menguatkan dan menyatukan dunia Islam.
Persidangan OIC ke 10 – Proposal menggunakan emas untuk penyelesaian perdagangan dibentangkan.
Proposal untuk menggunakan emas sebagai pembayaran bagi perdagangan telah dibentangkan kepada 57 ketua negara. Perjanjian dua pihak dimulakan, kemudian berkembang menjadi perjanjian bersama yang diharapkan akan menjadi blok perdagangan emas. Inilah platform di mana semua negara-negara Islam boleh bersetuju sebagaimana yang dinyatakan oleh Dr. Mahathir “… tindakan ini lebih berkesan untuk melawan penindasan pihak musuh berbanding mengambil tindakan yang sia-sia seperti keganasan”.
Kesan Global.
Penggunaan dinar emas menandakan pengembalian kepada emas sebagai alat kewangan dan mata wang dunia yang sebenarnya. Penggunaan dinar emas berbanding sistem wang kertas akan membolehkan:
1. Perpaduan dan kekuatan umat Islam dibina.
2. Memulakan blok perdagangan dengan sistem dinar emas
3. Menggalakkan dan mempromosikan perdagangan di antara anggota OIC
4. Mengelakkan daripada pergantungan kepada USD
5. Membuka jalan kepada praktis perdagangan berkaitan emas.
6. Membantu mewujudkan sistem perdagangan yang stabil dan adil yang memberikan manfaat kepada semua negara membangun.
Statistik daripada bank Penyelesaian Antarabangsa (bank of International Settlement) menunjukkan hampir 80% daripada perdagangan antarabangsa menggunakan US Dollar sebagai medium pertukaran (1998).
Statistik daripada bank Penyelesaian Antarabangsa (bank of International Settlement) menunjukkan hampir 80% daripada perdagangan antarabangsa menggunakan US Dollar sebagai medium pertukaran (1998).
Pergantungan kepada USD memberikan sistem kapitalis lebih kelebihan di dalam semua situasi ekonomi. Jika sistem dinar Islam berjaya diimplementasikan, dominasi Bank Dunia dan IMF akan turut terjejas. Sudah pasti dunia Barat akan menentang hasrat Malaysia dengan segenap kekuatan. Walaupun demikian Malaysia mempunyai sebab tersendiri untuk melaksanakan sistem dinar Islam kerana ia memelihara keadaan ekonomi Muslim dan aktivitinya.
MEMPERKASA EKONOMI UMMAH MELALUI PEMANTAPAN JARINGAN TEMPATAN DAN PENEROKAAN BERKESAN DALAM PASARAN GLOBAL: PERSIAPAN MENDEPANI CABARAN BARU EKONOMI DUNIA
oleh
Y.B. Tan Sri Muhyiddin Hj. Mohd Yassin
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Antara isi kandungan "kertas persidangan";
Dalam menghadapi ketidaktentuan sistem kewangan global, usaha menjadikan dinar
emas sebagai penjelasan dagangan pelbagai hala, sepertimana yang pernah dikemukakan
oleh bekas Perdana Menteri YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad suatu ketika dahulu,
wajar dipergiatkan semula. Penggunaan dinar emas, yang mempunyai nilai intrinsik dan stabil terhadap aktiviti spekulasi, sebagai perantara dagangan boleh membantu negaranegara Islam mengurangkan kesan ketidaktentuan dan susut nilai matawang fiat yang
menjadi perantara utama dalam perdagangan antarabangsa. Walau bagaimanapun, oleh
kerana rakan dagang utama negara-negara Islam ialah negara-negara maju, seperti
Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Jepun, yang terikat dengan status quo sistem
ekonomi dan kewangan semasa, adalah wajar penggunaan dinar emas dilaksanakan
secara selektif antara rakan dagang negara Islam.
SOKONG 1000% !!
credit to : goldmillionair & islam.gov
No comments:
Post a Comment